Aluan Pengetua

PENGETUA SMT MATANG : FARIDAH BINTI ABDULLAH
Alhamdullilah syukur kepada tuhan kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapatlah Laman Web untuk Sekolah Menengah Teknik Matang ini disiapkan. Saya ucapkan tahniah juga kepada guru-guru yang terlibat kerana telah bertungkus lumus dalam menyediakan laman Web ini.
Dalam kita meniti arus kemajuan IT dan internet, Laman Web sebegini amat penting supaya kita dapat menyampaikan sebarang bentuk maklumat kepada dunia luar dan perkara-perkara, aktiviti-aktivit dan semua bentuk kegiatan kurikulum dan kurikulum yang berlaku di Sekolah Menengah Teknik Matang. Kita juga dapat menyediakan maklumat bagi berbagai-bagai jeni kemahiran yang kita ajar kepada pelajar dan juga produk-produk yang dihasilkan di bengkel. Orang luar juga boleh mengetahui dengan lebih mendalam lagi kepentingan sekolah Teknik khususnya dan Sekolah Menengah Teknik Matang amnya kepada orang ramai yang menginginkan anak-anak mereka mendapatkan yang terbaik dalam pelajaran dan mendapat pekerja yang dikehendaki.
Sekolah menengah teknik mempunyai berbagai-bagai bidang kemahiran dan juga produk-produk yang dihasilkan.. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan akan “school Enterprise” dalam pendidikan Teknikal. Maka diharapkan agar laman web ini dapat meluaskan lagi pasaran produk yang dijual dan meningkatkan lagi kemahiran pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik Matang.
Akhir sekali, saya berharap agar laman web ini dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan Pendidikan Teknik di Malaysia am nya dan Sekolah Menengah Teknik Matang khasnya.
Sekian, terima kasih.
Faridah Abdullah
Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Matang