BACATON 2009
No. Lesen : 42/RBK/2009
Tempoh Hingga : 30 Ogos 2009

Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 4.00 pm
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Matang

         Persatuan Ibubapa dan Guru, Sekolah Menengah Teknik Matang sedang mengadakan program Bacaton 2009. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi tabung PIBG dan menggiatkan pembacaan dan penambahan ilmu pengetahuan warga SMT Matang.

Syarat-syarat Pertandingan Bacaton
1. Hanya pelajar yang telah mengutip sekurang-kurangnya RM30.00 layak menyertai pertandingan.
2. Pembaca dengan bacaan tertinggi bagi setiap kelas (minima 20 bahan/buku) akan memenangi Hadiah Nilam kelas yang berupa wang tunai RM30.00
3. Pembaca dengan bacaan yang tertinggi seluruh sekolah akan memenangi Hadiah Nilam Individu bernilai:
     Nilam :    RM 100.00 serta sijil
     Emas  :    RM 75.00 serta sijil
     Perak :     RM 50.00 serta sijil

4. Kelas dengan pembacaan tertinggi (terkumpul) akan memenangi Hadiah Nilam Kelas bernilai :
     Nilam :    RM 100.00 serta sijil
     Emas  :    RM 75.00 serta sijil
     Perak :    RM 50.00 serta sijil

KUTIPAN DERMA TERBANYAK
1. Kutipan minima semua Kad Bacaton adalah sebanyak RM30.00
2. 10 Kad Bacaton yang mendapat kutipan paling banyak akan mendapat hadiah hamper

Majlis pelancaran program Bacaton 2009 oleh En Julaihi Bin Ambong

Majlis pelancaran program Bacaton 2009 oleh En Julaihi Bin Abong

                 Disamping program bacaton oleh pelajar-pelajar yang diadakan pada hari tersebut, terdapat juga program-program lain iaitu Hari Kokurikulum dan Hari Terbuka SMT Matang. Terdapat juga gerai-gerai menjual makanan dan juga pelbagai jenis barang lain daripada pelbagai agensi kerajaan, pusat pengajian tinggi dan juga swasta yang mengadakan pameran pada hari Bacaton tersebut.

             Orang ramai adalah dijemput hadir pada hari Bacaton 2009 itu nanti. Bagi yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat terutamanya berkaitan dengan peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran, maka hari tersebut adalah hari yang sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat lagi.

Moderator
www.smtmatang.com