Sekolah Menengah Teknik Matang terletak kira-kira 14 kilometer dari Bandaraya Kuching, kedudukan sekolah yang berlatar belakangkan Gunung Serapi mewujudkan satu persekitaran yang cantik ke arah pembelajaran yang tenang, tenteram dan menggalakkan perkembangan minda pelajar-pelajar. Sekolah ini adalah di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF

Melahirkan lulusan tenaga kerja profesional dalam pelbagai bidang teknologi kejuruteraan dan perdagangan. Ini dijelaskan dalam objektif sekolah iaitu:- Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang tersebut dan mengekalkan minat mereka, supaya membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi pengajian tinggi.

ALIRAN PENGAJIAN

  1. ALIRAN VOKASIONAL MENAWARKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
  2. ALIRAN KEMAHIRAN MENAWARKAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA yang dkeluarkan oleh KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA PENGAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MATANG

A) KURSUS SIJIL

Semua kursus peringkat sijil akan mengambil masa 2 tahun ( 4 semester) pengajian.

B) KURSUS SIJIL KEMAHIRAN

Semua kursus bertaraf sijil kemahiran pula akan mengambil 2 tahun (4 semester) pengajian. Ini bergantung kepada tahap pentauliahan yang diduduki oleh pelajar.

A) ALIRAN VOKASIONAL

Bidang kursus yang ditawarkan ialah:-

  1. ELETRIK & ELETRONIK
  2. AUTOMOTIF
  3. AMALAN BENGKEL MESIN
  4. BINAAN BANGUNAN
  5. PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
  6. FESYEN
  7. SENI KECANTIKAN
  8. PENGURUSAN PERNIAGAAN

Di akhir tingkatan lima pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

B) ALIRAN KEMAHIRAN

Senarai kursus aliran latihan kemahiran:-

  1. JURUTEKNIK ELETRIK DOMESTIK & INDUSTRI
  2. MEKANIK KENDERAAN MOTOR
  3. MEKANIK PENYAMANAN DAN PENYEJUKAN UDARA